Sunday 15 July 2012

Isnin lagii....!!!

Arrgggghhhh.... hari ni start lagi minggu baru. Alhamdulillah, Allah s.w.t masih memberikan ku kesempatan untuk bernafas dan melihat cahaya matahari pagi walaupun sambil drive kreta. huhuhuuu...

Hutang.... Aaaarrrgggghhh.... HUTANGGGG...!!!

Minggu lepas permohonan pinjaman peribadi aku dah lulusss.... Yeahooo... Alhamdulillah... Sebenarnya duit tu bukan bleh kat aku ponnn... Ianya untuk bayar kad kredit. Adusss...... Loan yg sblm ni pun lom settle lagi, dah kena buat yang lain. Bukan utk aku joli plak tu. Jadddiiiiiii....

...up!!!

"Aku berjanji, mulai hari ini aku takkan guna kredit kad dengan sewenang-wenangnya tanpa tujuan yang penting atau kecemasan". Nak beli BD game PS3 bleh...????

...down!!!

Hari ni aku dah bank-in cheque ke maybank. Huhuhuhu.... walaupun xdapat duit cash RM13000, aku tetap rasa happy sebab hutang dengan kad kredit yang tak de pengakhiran dah langsai.... hutang ngan personal loan plak ada...

Alhamdulillah... Terima kasih Ya Allah sbb Engkau telah kurniakan rasa gembira dan ketenangan ini setelah hutang kad kredit di bayar.... Mudah2an Allah murahkan lagi rezeki ku, keluarga ku, kawan2ku, jiran2ku dan guru2ku.... Amin.

Thursday 5 July 2012

Lembaran Amalan dan Blog Baru

Hari ini, 15 Sya'ban 1433 bersamaan 5 Julai 2012, Yeaaahhhoooo.... Alhamdulillah semalam adalah malam Nisfu Sya'ban yang pada malam inilah lembaran amalan kita setahun lepas diangkat dan lembaran amalan baru dibuka. Sempena itu, aku memulakan langkah dan entry pertamaku di blog ini. Tatau sebenarnya apa nak taip kat sini cuma mencari momentum untuk menulis, meluahkan rasa, dan pandangan untuk dikongsi.

Memandangkan aku dan isteri tersayang ku berpuasa sunat hari ni, kami luangkan masa rehat tengahari untuk ke pasar, membeli apa yang perlu untuk masak juadah petang ni. Aku follow je... Wife aku yang dok pilih semuanya. Antara yang kami beli adalah seekor ayam sederhana besar (sbb kalau terlalu besar, isinya kurang sedap), ikan kembong, ikan tenggiri (rasanya itu la nama ikan tu yang mamat penjual ikan tu bitau td), halia, lengkuas, dan beberapa benda lain. Mengikut plan nya, kami nak buat asam pedas ikan tenggiri tadi sbg juadah berbuka. Siap la kau wahai ikaannn.... aku makan ko nnt... hahahaahaaaa.... Aaahhh, tak sabarnya nak tunggu time berbuka nanti. Skrg ni budak ofis dok makan roti bakar la pulak.... Sabar.... sabarrr..... sesungguhnya aku sedang berpuasa.

Nampaknya masa dh kul 4.46pm, so aku nak gi solat asar dulu (al-maklumlah, lembaran amalan baru bukak semalam, so kena solat awal). Zaaassssss.........