Thursday, 5 July 2012

Lembaran Amalan dan Blog Baru

Hari ini, 15 Sya'ban 1433 bersamaan 5 Julai 2012, Yeaaahhhoooo.... Alhamdulillah semalam adalah malam Nisfu Sya'ban yang pada malam inilah lembaran amalan kita setahun lepas diangkat dan lembaran amalan baru dibuka. Sempena itu, aku memulakan langkah dan entry pertamaku di blog ini. Tatau sebenarnya apa nak taip kat sini cuma mencari momentum untuk menulis, meluahkan rasa, dan pandangan untuk dikongsi.

Memandangkan aku dan isteri tersayang ku berpuasa sunat hari ni, kami luangkan masa rehat tengahari untuk ke pasar, membeli apa yang perlu untuk masak juadah petang ni. Aku follow je... Wife aku yang dok pilih semuanya. Antara yang kami beli adalah seekor ayam sederhana besar (sbb kalau terlalu besar, isinya kurang sedap), ikan kembong, ikan tenggiri (rasanya itu la nama ikan tu yang mamat penjual ikan tu bitau td), halia, lengkuas, dan beberapa benda lain. Mengikut plan nya, kami nak buat asam pedas ikan tenggiri tadi sbg juadah berbuka. Siap la kau wahai ikaannn.... aku makan ko nnt... hahahaahaaaa.... Aaahhh, tak sabarnya nak tunggu time berbuka nanti. Skrg ni budak ofis dok makan roti bakar la pulak.... Sabar.... sabarrr..... sesungguhnya aku sedang berpuasa.

Nampaknya masa dh kul 4.46pm, so aku nak gi solat asar dulu (al-maklumlah, lembaran amalan baru bukak semalam, so kena solat awal). Zaaassssss.........


No comments:

Post a Comment